Ahli Parlimen PH cerita 1MDB kepada murid sekolah, Maszlee diam



KUALA LUMPUR 28 Jan.- Tular di media sosial sejak semalam, rakaman video Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd. Yunus yang didakwa mengungkapkan ucapan berunsur politik di hadapan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor, Sabtu lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 24 saat itu, Hasanuddin antara lain berucap menjelaskan bahawa kerajaan terpaksa mencatu beberapa rancangan yang diatur untuk kepentingan orang ramai kerana perlu membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita bayar kerana jaminan daripada kerajaan, di atas pinjaman yang dibuat oleh 1MDB, RM41 bilion tak termasuk faedah setiap tahun.

"Kejutan itu telah membuatkan kerajaan merasa bertanggungjawab untuk bayar hutang-hutang itu dan beberapa rancangan yang diatur untuk kepentingan orang ramai terpaksa dicatu sedikit," katanya dalam ucapan tersebut.

Netizen mempersoalkan di mana Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sedang berkempen kepada murid sekolah. Adakah Ahli Parlimen Hulu Langat itu akan dikenakan tindakan atau Dr Maszlee hanya buat-buat tidak nampak?

Sebelum ini kecoh PH melarang pembangkang untuk masuk ke sekolah namun kemudian mengizinkan setelah diasak di parlimen namun melarang sesiapa untuk berkempen di dalam sekolah. - UO/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Ahli Parlimen PH cerita 1MDB kepada murid sekolah, Maszlee diam Ahli Parlimen PH cerita 1MDB kepada murid sekolah, Maszlee diam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 28, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...