TERKINI: Ahli Majlis Pontian hina TMJ letak jawatan



ISKANDAR PUTERI 9 Jan. - Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah yang memuat naik kenyataan menghina dan memfitnah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) baru-baru meletakkan jawatan sebagai ahli majlis.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin berkata, peletakan jawatan itu dibuat Mohammad Kamarul Ariffin semalam.

Hong Pin yang juga Setiausaha DAP negeri turut memberitahu, pihaknya akan mencalonkan pengganti dalam mesyuarat parti yang akan diadakan hujung bulan ini.

“Dia (Mohammad Kamarul Ariffin) telah meminta maaf kepada Tunku Ismail dan meletakkan jawatan sebagai ahli majlis, kami anggap perkara ini sudah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri pertandingan golf amal di Forest City Golf Resorts, di sini sebentar tadi. - UO


ARTIKEL BERKAITAN:

Ingat aku takut ke dengan TMJ? – Ahli Majlis Daerah Pontian

Ahli Majlis Pontian tetap berpendirian Pulau Kukup telah dirampas oleh Istana Johor

MB didesak pecat Ahli Majlis Daerah Pontian hina institusi Diraja Johor

PULAU KUKUP: Mahathir dah nyanyuk – TMJ

TMJ: Kenapa Mahathir masuk campur isu tanah Pulau Kukup, tetapi tidak isu tanah kuil Seafield?
 
TERKINI: Ahli Majlis Pontian hina TMJ letak jawatan TERKINI: Ahli Majlis Pontian hina TMJ letak jawatan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...