Agong, Sultan Melayu tidak keuntungan kepada rakyat – Sandy Ooi



Walaupun baru-baru ini tiga orang telah ditahan polis kerana menghina dan memfitnah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, masih ada segelintir rakyat yang masih tidak terkesan tindakan pihak berkuasa itu.

Terbaru, seorang wanita yang dikenali sebagai Sany Ooi meninggalkan komen pada artikel Malaysiakini mendakwa Sultan dan Raja-Raja Melayu tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat.

Kata Sandy: “Duit cukai kita masuk bank akaun Raja-raja Melayu, apa yang mereka bincangkan tidak akan menguntungkan rakyat langsung”.



Komen Sandy kemudiannya ditangkap layar dan ditular oleh netizen sehingga dia terpaksa menyahaktif akaun Facebook miliknya.

Walaupun akaun Facebook Sandy Ooi tidak dapat dikesan lagi, netizen nampaknya bijak menjejaki wanita berkenaan yang bekerja di syarikat pembekal ubat, Novo Nordisk Pharma selain merupakan penyokong kuat Pakatan Harapan.

Setelah mengetahui Sandy bekerja di syarikat itu, dapat dilihat halaman Facebook Novo Nordisk Pharma  mula diserang oleh netizen yang mahuka tindakan dikenakan kepada Sandy di atas tindakan biadab itu.



Walaubagaimanapun, pihak Novo Nordisk Pharma menjawab serangan itu dengan menyatakan Sandy telah berhenti dari syarikat itu sejak Mac 2014 lagi dan malangnya beliau tidak mengemaskini akaun LinkedIn di mana maklumat tentang Sandy itu diperolehi.

Netizen menggesa pihak berkuasa menangkap dan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada Sandy Ooi sepertimana tindakan yang dikenakanterhadap Eric Liew, Azham Akhtar dan Nur Alia Astaman yang telah pun dipecat dan telah ditahan polis di bawah Akta Hasutan, semalam. - IsuViral/AbuLeman
















Agong, Sultan Melayu tidak keuntungan kepada rakyat – Sandy Ooi Agong, Sultan Melayu tidak keuntungan kepada rakyat – Sandy Ooi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...