Adun Semenyih (PPBM) meninggal dunia



SEMENYIH - Adun Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pada jam 4.45 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Berita itu dimaklumkan menerusi Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Kajang Selatan pagi tadi.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

"Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

"Saya ucap takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh," katanya. - SH
Adun Semenyih (PPBM) meninggal dunia Adun Semenyih (PPBM) meninggal dunia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...