6 fakta sambutan tahun baru



Biarpun 1 Januari 2019 sudah berlalu, namun rasanya belum terlambat untuk berkongsi serba sedikit tentang sambutan tahun baharu.

1. Tahun baharu pada awalnya disambut pada bulan Mac, sekitar 4,000 tahun lalu. Orang Babylon menyambut tahun baharu dengan keraian selama 11 hari untuk menyambut permulaan musim bunga dan tanaman mula ditanam.

2. Januari dinamakan sempena Janus, dewa mengikut agama dan mitos kuno Rom, yang mempunyai dua wajah, satu wajah melihat ke belakang dan satu lagi melihat ke hadapan.


3. Antara tradisi pelik semasa sambutan tahun baru ialah makan 12 biji buah anggur ketika jam tepat 12 tengah malam, 1 Januari. Ia diamalkan oleh penduduk Mexico, dan dipercayai membawa nasib baik selama 12 bulan.

4. Lagu Auld Lang Syne merupakan New Year's anthem di Barat. Ia membawa maksud 'masa berlalu', dan ditulis oleh penyair Scotland, Robert Burns pada tahun 1788.

5. Negara Pacific Island iaitu Samoa dan Kiribati (juga dikenali sebagai Pulau Krismas), merupakan yang terawal menyambut tahun baharu.

6. Tradisi New Year's kiss yang diamalkan masyarakat Barat adalah atas kepercayaan mereka bahawa nasib mereka pada tahun tersebut akan ditentukan oleh dengan siapa yang bersama mereka ketika tahun baharu menjelma.

Apa tujuan anda menyambut tahun baharu? Anda sendiri ada jawapannya. – AA
6 fakta sambutan tahun baru 6 fakta sambutan tahun baru Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...