100 bekas Jasa masuk Bersatu



Yang hairannya kenapa semua masuk Bersatu? Kenapa tak masuk PKR atau PAN atau DAP? Mahathir game PH ke? Anwar dapat jadi PM ke tak ni?

Kira-kira 100 bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dijangka  menyertai Bersatu pada Rabu ini.

Menurut surat siaran jemputan kepada media, kumpulan itu akan menyerahkan borang keahlian mereka pada suatu majlis di Shah Alam.

Setiausaha politik kepada perdana menteri, merangkap anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya dilaporkan akan menerima borang berkenaan.

Jasa merupakan unit propaganda yang dibubarkan pentadbiran PH selepas PRU14. Sebelum ini, Jasa diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Menurut dokumen perbelanjaan kerajaan persekutuan, Jasa memiliki 272 kakitangan.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata separuh daripada jumlah itu merupakan lantikan politik.

Sebelum dibubarkan, Jasa diketuai bekas anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zakarshi dan bekas pengerusi unit media baru pemuda Umno, Tun Faisal Ismail. - MK
100 bekas Jasa masuk Bersatu 100 bekas Jasa masuk Bersatu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...