10 pejabat MARA termasuk di Cameron Highland ditutup



Menurut satu tangkapan layar di aplikasi Whatsapp, sepuluh pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di tujuh buah negeri akan ditutup.

Berita yang tular sejak semalam itu merisaukan ramai pihak teruatamanya orang Melayu yang masih bergantung dengan bantuan MARA.

Lebih mencurigakan lagi, segala kerja-kerja penutupan itu dilakukan secara sulit iaitu tanpa pengetahuan Menteri Pembangunan Luar Bandar. 

Pejabat-pejabat MARA yang akan ditutup adalah seperti berikut;

Kedah
• Pejabat MARA Daerah Pokok Sena
• Pejabat MARA Bandar Baru

Pulau Pinang
• Pejabat MARA Daerah Seberang Prai Selatan / Tengah

Perak
• Pejabat MARA Daerah Lenggong

Pahang
• Pejabat MARA Daerah Cameron Highland

Selangor
• Pejabat MARA Daerah Kuala Selangor
• Pejabat MARA Kuala Langat

Johor
• Pejabat MARA Daerah Tangkak
• Pejabat MARA Daerah Kulai

Terengganu
• Pejabat MARA Daerah Kuala Nerus

Menurut kenyataan itu lagi, penutupan pejabat-pejabat MARA ini kononnya kerana mahu menjimatkan kos yang ditanggung oleh kerajaan baharu.

Pihak tersebut yang dipercayai bekerja dengan MARA meminta identitinya dirahsiakan mungkin kerana takut akan dikenakan sebarang tindakan dari tularnya maklumat yang dikatakan terlalu sulit itu. – AbuLeman



10 pejabat MARA termasuk di Cameron Highland ditutup 10 pejabat MARA termasuk di Cameron Highland ditutup Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 15, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...