Warkah Cordoba: Mujahid seronok baca komen



Rasanya komen banyak yang maki Mujahid je..

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa menyatakan beliau seronok membaca komen-komen yang dilontarkan terhadap penulisan 'Warkah dari Cordoba untk Nurul Izzah'.

Menurut Dr. Mujahid, beliau sengaja memilih lenggok bahasa kekanda adinda yang digunakan untuk menyampai mesejnya kali ini dan ternyata istilah yang beliau gunakan berjaya menarik perhatian masyarakat.

"Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini. Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua.

ARTIKEL BERKAITAN : MEMUALKAN: Surat kekanda Mujahid kepada janda

"Terima kasih atas teguran semua. Namun saya mohon dibaca serta dihayati isi kandungannya. Mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalaman sama seperti yang saya pernah lalui," kata Dr. Mujahid dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

'Warkah dari Cordoba untk Nurul Izzah' yang ditulis Dr. Mujahid di Facebook beliau menerima 11 ribu komen dan hampir 7,000 perkongsian tidak sampai 24 jam hantaran itu dibuat.

Kebanyakan komen beranggapan warkah yang menggunakan bahasa kekanda dan adinda itu tidak sesuai digunakan oleh Dr. Mujahid. - UO

ARTIKEL BERKAITAN : Drama, kalau tak boleh tidur, doalah – Najib
Warkah Cordoba: Mujahid seronok baca komen Warkah Cordoba: Mujahid seronok baca komen Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...