Video polis pukul orang awam tular



SEBUAH video menunjukkan seorang anggota polis dipercayai dari Unit Kereta Peronda (MPV) memukul seorang lelaki tular di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman video selama 45 saat itu, salah seorang anggota polis berpakaian seragam mengarahkan lelaki yang sedang diperiksanya supaya bangun sebelum dia bertindak memukul kepalanya.

Anggota polis terbabit kemudian menendang lelaki terbabit sambil menjerit, “Kau samseng mana?”

Malah, anggota itu terus memukul, menarik rambut serta menolak lelaki terbabit meskipun ‘mangsa’ meminta maaf kepada anggota polis terbabit.

Berdasarkan suara, lelaki itu dipercayai adalah warga tempatan.

Pada akhir rakaman, anggota terbabit dilaporkan mengarahkan individu yang merakam video berkenaan supaya memadamkan rakamannya.

Sementara itu, berdasarkan sumber, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Putrajaya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, pada masa kini siasatan berhubung kejadian berkenaan sedang dilakukan. – HM/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Video polis pukul orang awam tular Video polis pukul orang awam tular Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...