Tabung Haji buat laporan polis terhadap Azeez Rahim



KUALA LUMPUR 30 Nov. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) membuat dua laporan polis berkenaan penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya melibatkan jumlah RM3.8 bilion, di sini hari ini.

Antara pihak yang dinamakan dalam laporan tersebut ialah bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim; bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah dan beberapa kakitangan kanan termasuklah Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan; Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar; Penasihat Undang-undang, Hazlina Mohd. Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md. Ariff.

Menurut Tabung Haji, laporan pertama melibatkan program Yayasan Tabung Haji (YTH) pada tahun 2017 yang mana dana melebihi RM22 juta telah digunakan untuk aktiviti berkaitan politik.

Laporan kedua pula melibatkan Ismee, Hazlinda dan Rifina berkaitan penjualan 95 peratus pegangan dalam syarikat PT TH Indo Plantations yang dimiliki oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn. Bhd. (THI) dan TH Indo Industries Sdn. Bhd. (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) untuk RM3.8 bilion (AS$910 juta) pada tahun 2012.

Kesalahan yang didakwa dilakukan dalam laporan kedua adalah berkaitan memberi gambaran yang salah dan menyembunyikan maklumat sebenar tentang penjualan tersebut. - UO
Tabung Haji buat laporan polis terhadap Azeez Rahim Tabung Haji buat laporan polis terhadap Azeez Rahim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 01, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...