Syed Saqqid mahu Mahathir pecat Waytha



Pemuda Bersatu telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menggesa pengguguran P Waythamoorthy sebagai menteri.

Menurut sumber dalaman Bersatu, memorandum itu diserahkan di pejabat Mahathir - yang juga pengerusi Bersatu - hari ini.

Antara sebab yang dinyatakan mereka bagi menggesa pemecatan Waythamoorthy adalah beliau selaku menteri bertanggungjawab terhadap soal perpaduan dilihat gagal meredakan ketegangan kaum dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman dan Subang Jaya hujung bulan lalu.

Waythamoorthy juga disebut sebagai menyalahkan polis kerana didakwa tidak mengendalikan isu itu dengan baik, dan gagal meminta maaf berhubung video sepuluh tahun lalu yang memaparkannya dalm satu wawancara mengkritik apa yang disebutnya sebagai diskriminasi terhadap kaum minoriti, terutama India.

Difahamkan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut ada ketika penyerahan memorandum itu.

Waytha Moorthy bersama beberapa Ahli Parlimen pada sidang media menyalahkan pihak Polis dan mahu bertanggungjawab ke atas rusuhan di kuil Maha Sri Mariamman.

Waythamoorthy menerima tekanan pelbagai pihak - termasuk dalam Pakatan Harapan (PH) - untuk meletakkan jawatan susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dua hari lalu.

Allahyarham cedera parah ketika bertugas semasa kekecohan di kuil itu.

Selain itu, pungutan suara atas talian yang mendesak perkara sama juga telah mengumpul lebih 300,000 tanda tangan.

Sebelum ini, Waythamoorthy bersama tiga lagi menteri - M Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar - antara lain mendakwa polis tiba lambat di tempat kejadian ketika kekecohan tercetus.

Berkenaan rakaman video itu pula, Waythamoorthy menjelaskan ia dinyatakan dalam konteks yang sangat berbeza. - MK


ARTIKEL BERKAITAN : 

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba

Sami bohong, Polis sahkan bomba cedera dipukul perusuh kuil

Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan

ISU KUIL: PH hasut kaum India merusuh – Najib Razak

Anggota bomba dipukul perusuh kuil meninggal dunia sebentar tadi

Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy

[Video] Ucapan Ganabatirau yang menyebabkan kematian Muhammad Adib

Moorthy, Ganabatirau dan tiga menteri lain perlu didakwa

Mukhriz tiada di upacara pengebumian Muhammad Adib

KURANG AJAR: "Salah Allah gagal pulihkan Adib" – Staff Honda

KEMATIAN ADIB: Anak Mat Sabu sindir PEKIDA, gengster melayu, 'tengok je ke?'

Waytha Moorty 'deactivate' akaun Facebook

Demi RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali

Orang PH sendiri pun mahu Waythamoorthy letak jawatan

Bomba sorok punca sebenar kematian Muhammad Adib – Siti Kasim

Himpunan 'Keadilan untuk Adib' di Masjid Putra, Putrajaya, Jumaat

Provokasi kematian Adib, Mufti Perlis bakal diambil dikenakan tegas – Timbalan KPN

Gantikan Waytha Moorthy dengan Nurul Izzah – Amanah

Syed Saqqid mahu Mahathir pecat Waytha
Syed Saqqid mahu Mahathir pecat Waytha Syed Saqqid mahu Mahathir pecat Waytha Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 20, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...