Percayalah, saya tidak ada harta untuk diisytiharkan – Waytha Moorthy



KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy berkata beliau tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, sepanjang menjadi aktivis sebelum ini, pendapatannya habis dibelanjakan untuk dirinya dan digunakan untuk memperjuangkan nasib masyarakat India miskin.

“Saya tidak ada harta. Apabila ada borang semua saya sudah isi. Sumber pendapatan dah isytihar. Tetapi kalau nak kata harta memang tak ada.

“Jadi orang tanya saya, seolah-oleh macam saya tak isytihar harta saya. Saya suruh pejabat saya maklumkan kepada SPRM suruh letak satu nota di sana yang menyatakan memang saya tidak ada harta,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Kereta Jaguar XKR yang didakwa milik Waytha Moorthy dan dua kereta yang dibeli tahun ini. Jika kereta pun boleh dibazirkan dengan yang mewah apatah lagi harta yang lain. Mungkin lupa isytihar barangkali
Semakan di portal SPRM mendapati Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, adalah antara 13 Ahli Parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada badan itu.

Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my/), sehingga jam 5 petang semalam, Ahli Parlimen itu yang memenangi pilihan raya kecil Port Dickson pada 13 Oktober lalu masih belum mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan dan aset.

Anwar Ibrahim dikatakan memiliki jet peribadi namun belum disahkan atau dinafikan kebenarannya

Semakan juga mendapati beberapa Ahli Parlimen hanya mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan, tetapi tidak mengisytiharkan jumlah aset yang dimiliki.

Mereka termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (Silam), Waytha dan Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi), R Sanisvara Nethaji Rayer (Jelutong), Wong Tack (Bentong), dan Mordi Bimol (Mas Gading).

Waytah berkata, buat masa ini beliau hanya mengisytiharkan sumber pendapatan dan jika selepas ini beliau membeli aset, pembelian itu akan disytiharkannya kepada SPRM. - FMT
Percayalah, saya tidak ada harta untuk diisytiharkan – Waytha Moorthy Percayalah, saya tidak ada harta untuk diisytiharkan – Waytha Moorthy Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 11, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...