RUSUHAN KUIL: Selepas 3 minggu, masih tiada berita 2 penunggang motosikal yang dipukul 'mati'




Tiga minggu telah berlalu selepas insiden pergaduhan dan rusuhan yang berlaku di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

Lebih 100 orang telah ditahan bagi membantu siasatan dan ramai juga telah didakwa atas pelbagai kesalahan walaupun ada yang dibebaskan dengan jaminan.

Anggota bomba yang dipukul masih dalam keadaan tenat walaupun stabil. Perkahwinannya terpaksa ditangguh walaupun persiapan sudah ditempah dan jemputan sudah diedarkan.

Namun semuanya sudah jelas dan segala perkhabaran sudah diketahui oleh ramai orang.

Hanya yang menjadi tanda tanya kepada semua adalah, apakah nasib dua orang anak muda yang menunggang motosikal yang melalui jalan di hadapan kuil itu di mana motosikalnya ditendang sehingga jatuh dan keduanya dipukul oleh perusuh.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Video yang berdurasi kurang satu minit itu tidak jelas pengakhirannya dan berita pertama yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today juga tidak ada penyusulan ceritanya.

Ada yang mendakwa bahawa kedua remaja itu selamat cuma motosikalnya sahaja yang rosak teruk.

Ada juga yang mendakwa kedua remaja itu telah meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital akibat kecederaan parah dari dipukul. Cuma kematiannya dirahsiakan kerana tidak mahu terjadi pergaduhan antara kaum akibat dari balas dendam atau tuntut bela di atas darah saudara.

Tidak ada satu pun media yang melaporkan tentang nasib dua remaja itu, dan tiada sesiapa termasuk ahli keluarga atau sahabat kedua remaja itu berkongsikan kisah itu di media sosial. Juga tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa.

Apakah nasib dua remaja yang dipukul itu? Masih hidupkah? Atau sudah meninggal dunia? – AbuLeman

➤ Artikel berkaitan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman


RUSUHAN KUIL: Selepas 3 minggu, masih tiada berita 2 penunggang motosikal yang dipukul 'mati' RUSUHAN KUIL: Selepas 3 minggu, masih tiada berita 2 penunggang motosikal yang dipukul 'mati' Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 15, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...