'RM300 juta kalau nak tengok kemaluan Sajat' – Bapa



Dek kerana dikecam bertalu-talu oleh netizen berikutan media mendedahkan nama sebenarnya, Sajjad atau panggilan komersialnya, 'Sajat', mengadu kepada ibu bapanya.

Satu video yang dimuat naik di Instagramnya, Muhammad Sajjad datang menghampiri ibunya di dapur merengek seperti keanak-anakan kecewa dirinya dikecam netizen.

Ibunya menegaskan Sajat adalah perempuan dan dia lebih mengetahui perkara itu kerana dia yang melahirkan Sajat.

"Mak yang lahirkan Ajat, mak yang mengandungkan Ajat, apa nak pedulikan orang?

"Banyak sangat cakap, nampak cili ni? Cili padi kampung ni ha kalau kena mulut orang mengata tu ha,"

Dalam video tersebut turut terlihat bapa Sajat, yang juga menegaskan Sajat adalah perempuan, bukannya lelaki seperti yang didakwa.

"Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok. Sekali imbas je boleh," seloroh bapanya membuatkan Sajat dan ibunya ketawa.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Sajat memberitahu dia dan keluarganya memang rapat dan sering mengadu masalah yang dihadapinya dengan mereka.

"Orang luar takkan faham apa kita rasa. Hanya mak dan ayah sahaja yang tahu siapa anak dia. Bukan wartawan, bukan orang luar.

"Ini mak saya, mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya. Mak saya kata saya khunsa.

"Saya sedih orang dok hina-hina saya. Bukan saya nak jadi macam ini. Siapa nak dilhairkan serba kekurangan.

"Alhamdulillah keluarga saya dan adik beradik saya sentiasa bersama saya. Bila berlaku macam ni, keluarga tetap support saya. Biarlah orang hina kita, keji kita, bercakap macam-macam pasal kita.

"Mereka kenal kita di media sahaja, bukan dia tahu Sajat siapa! Tak apa Sajat, mak ayah ada, orang nak kata apa, katalah. Yang penting mak ayah saya tahu saya siapa. Sajat buat saja kerja Sajat. Jaga anak, perniagaan dan diri. Fokus berniaga. Kita susah pun orang mengata. Asalkan Sajat tak ada tipu duit orang," tulisnya di Instagram.


'RM300 juta kalau nak tengok kemaluan Sajat' – Bapa 'RM300 juta kalau nak tengok kemaluan Sajat' – Bapa Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 26, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...