Ringgit terus rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini susulan permintaan yang rendah ke atas nota tempatan, ketika wujud kebimbangan baru mengenai kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menaikkan kadar faedah.

Pada 9.05 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1790/1830 berbanding dolar daripada 4.1770/1810 pada penutupan semalam.

Ketua Pedagang OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata, walaupun Fed memberi isyarat ia mungkin memperlahankan kadar peningkatan tahun depan, namun pedagang terus berhati-hati kerana ini bermakna ada kemungkinan kadar akan dinaikkan.

“Sebarang kenaikan oleh Rizab Persekutuan akan memberi impak negatif ke atas ringgit,” katanya.

Selain itu Innes berkata, pasaran ekuiti dunia masih kurang stabil, dan lebih memburukkan ringgit.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0453/0493 daripada 3.0498/0543 pada Rabu dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7127/7172 daripada 3.7172/7217.

Unit tempatan juga tinggi berbanding pound British kepada 5.2747/2806 daripada 5.2852/2915 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7565/7615 daripada 4.7568/7622. - FMT
Ringgit terus rendah berbanding dolar AS Ringgit terus rendah berbanding dolar AS Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 24, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...