Rais: Kementerian Pendidikan rosak di bawah Maszlee



KUALA LUMPUR 3 Dis. – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menzahirkan kebimbangan terhadap Kementerian Pendidikan.

Kebimbangan itu tercetus apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengeluarkan kenyataan untuk memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Rais dalam akaun Twitter miliknya hari ini menegaskan bahawa adalah sia-sia sekiranya Maszlee dibiarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan.

“Masya-Allah ... Kalau betullah berita ini, sia-sia dia dibiarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan. Rosak,” katanya. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




Rais: Kementerian Pendidikan rosak di bawah Maszlee Rais: Kementerian Pendidikan rosak di bawah Maszlee Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...