Rahim Thamby Chik keluar Umno sertai Bersatu



KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik difahamkan akan menyertai Bersatu pada konvensyen parti itu di Melaka petang ini.

Memetik laporan Astro Awani, sumber memaklumkan satu sidang media akan dibuat pada jam 3.30 petang nanti.

“Tan Sri (Rahim Tamby Chik) akan menyerahkan borang keahlian pada konvensyen ini kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mengikut jadual, sesi penyerahan borang keahlian dan sidang media akan dibuat pada pukul 3.30 petang," katanya.

Rahim yang pernah terpalit dengan kes rogol bawah umur selain menjadi dalang pembongkaran video seks Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau merupakan veteran Umno dan juga bekas Ketua Menteri Melaka keenam selain pernah memegang jawatan Naib Presiden Umno.

Rahim ketika dihubungi untuk mengesahkan isu berkenaan memberitahu kemasukan ahli-ahli baharu ke dalam Bersatu termasuk daripada Umno boleh dianggap satu penghijrahan politik seperti hijrahnya Rasulullah dari Mekah ke Madinah.

"Ia satu jihad Islamik dan fardu kifayah demi menyelamat dan mempertahan kuasa politik Melayu di negara ini selagi ada bulan dan bintang,” katanya. - SH/AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN :



Rahim Thamby Chik keluar Umno sertai Bersatu Rahim Thamby Chik keluar Umno sertai Bersatu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 16, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...