Rahim Tamby Chik dalang fitnah video seks Anwar Ibrahim



Dalang kepada video seks Anwar Ibrahim ini kini masuk PPBM dan menjadi sebahagian dalam Pakatan Harapan berjuang bersama-sama dengan Anwar.

PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah dalang utama di sebalik pendedahan rakaman video seks fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Pendedahan menggemparkan itu dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul di Ibu Pejabat KEADILAN, Petaling Jaya tengahari tadi.

Rahim Tamby Chik merupakan tokoh politik yang terlibat dalam skandal seks dengan gadis bawah umur pada pertengahan 1990 an.

Rahim didakwa di mahkamah pada 1994, tetapi pendakwa kemudian menggugurkan kes berkenaan. Sebaliknya skandal itu mengheret tokoh pembangkang, Lim Guan Eng ke penjara.

Dalam sidang media tersebut, Johari menceritakan bagaimana beliau dihubungi seorang kenalan yang sangat rapat sejak 15 Mac 2011, yang memberitahunya untuk berjumpa dengannya berhubung satu perkara penting.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Beliau bertemu dengan kenalannya itu di Hotel De Palma, Ampang pada jam 4 petang, sebelum dibawa ke dalam sebuah kereta lain yang dipandu dua individu tidak dikenali.

“Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut.

“Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi,” ujarnya, Menurutnya, Dato Eskay mula bercakap dan memperkenalkan beliau sebagai ahli parlimen pertama yang akan menyaksikan tayangan video itu. Sepanjang tayangan video itu, Eskay menerangkan tentang beberapa perkara, contohnya cara indvidu dalam rakaman itu menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar.

“Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu,” ujarnya.

Dato Eskay juga mendakwa selalu membawa Anwar ke club house di mana berlaku kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand, seolah perkara itu kerap kali dilakukan Anwar.

Johari berkata, Eskay juga memberitahu, bilik dalam rakaman itu adalah bilik yang sering dikunjungi Anwar setiap kali dia membawa Anwar ke tempat itu. Dalam percakapan seterusnya, Johari memberitahu Eskay menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

“Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin,” tambah Johari.


Dipujuk keluar KEADILAN

Selepas penayangan video tersebut, Johari berkata Rahim mula bercakap dan memujuk beliau meninggalkan KEADILAN dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak (padahal semua tahu dalang segala dalang adalah Tun Mahathir). Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya,” ujarnya.

“Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti.

“Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat,” ujarnya lagi.

Selepas itu, tayangan tersebut, Johari berkata beliau keluar dan diiringi oleh kenalan rapat nya itu.

“Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya. - Keadilandaily
Rahim Tamby Chik dalang fitnah video seks Anwar Ibrahim Rahim Tamby Chik dalang fitnah video seks Anwar Ibrahim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 16, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...