Rahim akan saman pemimpin DAP-PKR halangnya sertai PPBM



PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong yang mendakwanya “terpalit pelbagai skandal”.

Beliau merujuk kenyataan Khoo membantah permohonannya menyertai PPBM Ahad lalu yang mendakwa penerimaan bekas veteran Umno terpalit pelbagai skandal itu boleh merosakkan integriti kerajaan negeri serta melemahkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH).

Rahim menyifatkan tindakan DAP dan PKR cuba menghalangnya menyertai PPBM dengan memberi tekanan serta ugutan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perbuatan tidak demokratik dan pengecut.

“Saya sedang membuat konsultasi dengan peguam-peguam saya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Khoo Poay Tiong, iaitu ahli Parlimen Kota Melaka atas kenyataan fitnah beliau kepada saya.


“Sebelum ini saya pernah saman DAP atas perkara sama, tetapi DAP akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada saya.

“Koloborasi DAP dan PKR menekan dan menghentak Dr Mahathir untuk halang keahlian PPBM saya berpunca daripada perasaan bersalah tokoh-tokoh dalam parti berkaitan kerana menganiaya saya dalam satu konspirasi politik yang amat jelik. Tindakan ini satu ‘cover up’,” tulisnya di Twitter hari ini.

Ahad lalu, Rahim yang merupakan ketua menteri Melaka dari 1982 hingga 1994, menyerahkan borang permohonannya bersama 100 yang lain kepada Pengerusi PPBM Melaka, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, permohonan Rahim belum tentu diterima partinya.


Rahim hari ini turut memberi amaran DAP dan PKR akan campur tangan dalam setiap isu dan hak dalaman parti komponen lain PH, jika mereka berjaya mempengaruhi Dr Mahathir untuk menghalangnya menyertai PPBM.

Sementara itu Khoo ketika dihubungi berkata pihaknya akan menentukan tindakan lanjut berdasarkan kepada keputusan Rahim.

“Kita tunggu perkembangan selanjutnya, sebab dia sedang mempertimbangkan, jadi kita biarkan dulu, bila dah diputuskan kita akan lihat bagaimana selepas itu,” katanya. - FMT
Rahim akan saman pemimpin DAP-PKR halangnya sertai PPBM Rahim akan saman pemimpin DAP-PKR halangnya sertai PPBM Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 19, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...