PTPTN: Hutang lebih RM40b, tak wajib zakat – KJ



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajib membayar zakat RM1 juta kerana kedudukan kewangannya, kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

"Wan Saiful perlu sedar bahawa PTPTN bukanlah sebuah perniagaan, apatah lagi ianya juga bukanlah badan atau organisasi yang menjana keuntungan.

"PTPTN sendiri menggunakan dana pusingan dan setiap tahun perlu membuat pinjaman daripada institusi kewangan bagi memastikan mereka boleh menyediakan dana pendidikan kepada pelajar-pelajar.

"Sehingga kini, hutang PTPTN kepada insititusi kewangan adalah berjumlah lebih RM40 bilion," katanya dalam suatu kenyataan.

Khairy berkata salah satu syarat untuk pembayaran zakat (harta) adalah jika memiliki aset yang berpotensi berkembang dan bekas ketua pemuda Umno itu percaya PTPTN tidak memenuhi syarat ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Derma RM1 juta PTPTN timbulkan syak

Menurut laporan tahunan PTPTN bagi 2016, liabiliti tabung dana itu berjumlah RM43,341,900,789 berbanding RM50,910,610,455 untuk aset.

Seperti yang dinyatakan dalam laporan, PTPTN secara teknikalnya rugi antara 2011 dan 2016, jika tidak kerana menerima berbilion-bilion dalam bentuk geran daripada kerajaan persekutuan.

Khairy turut membidas Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan yang disifatkannya tidak dapat menyelesaikan isu pembayaran pinjaman pelajar.

"Melalui Wan Saiful juga, sudah beberapa kali u-turn telah dibuat dan sehingga kini isu pembayaran PTPTN masih belum dapat diselesaikan.

"Sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara juga, bayaran balik PTPTN juga kembali merosot kerana tiada lagi senarai blacklist dan begitu ramai mengharapkan penangguhan bayaran seperti janji yang dimuatkan dalam manifesto Pakatan Harapan.

"Perkara paling asas pun Wan Saiful masih belum mampu selesaikan. Jadi saya tidak pasti di mana asas zakat yang digunakan PTPTN atau Wan Saiful dalam membuat bayaran zakat ini," katanya. - MK/AbuLeman
PTPTN: Hutang lebih RM40b, tak wajib zakat – KJ PTPTN: Hutang lebih RM40b, tak wajib zakat – KJ Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 29, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...