Provokasi kematian Adib: Mufti Perlis bakal dikenakan tindakan tegas – Timbalan KPN



Soalan: Kenapa ugut orang yang tidak berkenaan? Kenapa tidak tangkap penghasut yang mencetuskan rusuhan? Bila nak tangkap Ganabatirau dan Waytha Moorthy yang secara jelas dan secara live menghasut orang India untuk merusuh? Tanya je, jangan marah.

KUALA LUMPUR: Terdapat segelintir netizen dikesan cuba membakar api perkauman melalui media sosial susulan kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib, 24, malam kelmarin.

Antara mesej yang cuba diviralkan adalah mengungkit kembali punca kematian beliau yang diserang sekumpulan lelaki di kawasan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, awal pagi, 27 November lalu.

Selain mesej berbaur provokasi yang turut diselitkan dengan pantun (syair), ada juga mesej bergambar dan video mengenai kejadian semasa Muhammad Adib diserang dengan disertakan beberapa petikan ayat berbentuk perkauman.

Sebelum ini Mufti Perlis Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama Dr Maza telah memuat naik satu syair sempena kematian Muhammad Adib yang apabila dibaca dapat membangkitkan semangat untuk membalas dendam terhadap pelakunya. Syair itu pula kemudiannya dijadikan poster maya oleh pengikutnya dan mula disebarkan kepada orang awam secara berleluasa.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya sudah sedia maklum mengenai viral mesej berbaur provokasi itu hasil daripada proses analisis yang dijalankan.

“Apa yang saya ingin tegaskan adalah pihak kami (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penularan laporan atau berita yang berbentuk hasutan mahupun provokasi.

“Serahkan tindakan memburu individu yang menyebabkan kematian Muhammad Adib kepada pihak polis kerana kami sedang melakukan siasatan ini secara lebih gigih lagi,” katanya ketika dihubungi NSTP sebentar tadi.

Beliau berkata, tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut serta mengajak pihak lain untuk merusuh atau bergaduh akan segera diambil tindakan melalui analisis dan pemantauan yang dibuat oleh pasukan PDRM.

Katanya, pada masa ini pihak polis sudah merakam percakapan ramai saksi yang dipanggil berhubung serangan ke atas Muhammad Adib yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kes cubaan bunuh dan kini dipinda kepada Seksyen 302 kanun yang sama atas kes bunuh.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, berkata suasana seperti ini adalah tidak begitu sihat kepada negara yang mengamalkan semangat perpaduan antara agama dan bangsa.

“Individu atau kumpulan yang melakukan provokasi seperti ini, tidak kira sama ada dia berbangsa Melayu, Cina atau India, harus diambil tindakan dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh menyebabkan ketegangan antara kaum.

“Saya minta pasukan PDRM siasat dan dakwa mereka asalkan apa yang cuba diapi-apikan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini dapat dikawal, seterusnya memberikan pengajaran kepada pihak lain yang cuba melakukan perkara sama,” katanya.

Justeru, orang ramai boleh menyalurkan segera sebarang maklumat kepada pihak polis untuk memudahkan sesuatu tindakan diambil bagi memastikan keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara terus terjamin. - BH/AbuLeman


ARTIKEL BERKAITAN : 

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba

Sami bohong, Polis sahkan bomba cedera dipukul perusuh kuil

Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan

ISU KUIL: PH hasut kaum India merusuh – Najib Razak

Anggota bomba dipukul perusuh kuil meninggal dunia sebentar tadi

Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy

[Video] Ucapan Ganabatirau yang menyebabkan kematian Muhammad Adib

Moorthy, Ganabatirau dan tiga menteri lain perlu didakwa

Mukhriz tiada di upacara pengebumian Muhammad Adib

KURANG AJAR: "Salah Allah gagal pulihkan Adib" – Staff Honda

KEMATIAN ADIB: Anak Mat Sabu sindir PEKIDA, gengster melayu, 'tengok je ke?'

Waytha Moorty 'deactivate' akaun Facebook

Demi RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali

Orang PH sendiri pun mahu Waythamoorthy letak jawatan

Bomba sorok punca sebenar kematian Muhammad Adib – Siti Kasim

Himpunan 'Keadilan untuk Adib' di Masjid Putra, Putrajaya, Jumaat

Provokasi kematian Adib, Mufti Perlis bakal diambil dikenakan tegas – Timbalan KPN
Provokasi kematian Adib: Mufti Perlis bakal dikenakan tindakan tegas – Timbalan KPN Provokasi kematian Adib: Mufti Perlis bakal dikenakan tindakan tegas – Timbalan KPN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 20, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...