Macam dalam movie, polis kejar India curi lori treler sambil tembak-tembak



BESUT – Polis Besut mengambil masa kira-kira sejam mengejar dua suspek yang disyaki mencuri sebuah treler, hingga memaksa pihaknya melepaskan tembakan di sekitar Kampung Oh, di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian itu seorang daripada suspek berumur 40-an berjaya ditangkap manakala seorang lagi masih diburu.

Katanya dalam kejadian itu, polis menggunakan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) mengejar suspek yang menaiki treler disyaki dicuri di pusat bandar Jengka, Pahang, bermula 10 pagi tadi.

“Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah treler itu yang dipandu secara berbahaya dan suspek turut cuba merempuh serta menghimpit ketika pihak polis menyuruh mereka berhenti.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

“Tembakan yang dilepaskan pihak polis kemudiannya mengenai tayar kiri dan kanan bahagian depan hingga treler itu terbabas di Kampung Oh. Kita berjaya menahan pemandu treler manakala usaha giat dilakukan bagi mengesan dan mencari rakan suspek yang disyaki melarikan diri ke hutan berdekatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, ketika kejadian suspek dikatakan dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan melalui kawasan kampung itu.

Pemandu treler (yang ditahan) tersebut hanya mengalami cedera ringan di bahagian belakang telinga, dipercayai terkena serpihan kaca dan Mohd Zamri turut memohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut untuk tampil atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. – BERNAMA
Macam dalam movie, polis kejar India curi lori treler sambil tembak-tembak Macam dalam movie, polis kejar India curi lori treler sambil tembak-tembak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 24, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...