Polis ambil keterangan Waytha Moorthy



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk merakamkan kenyataannya untuk dicatatkan oleh polis.

Waythamoorthy mengesahkan demikian ketika dihubungi tetapi menegaskan tidak pasti waktu akan berada di sana.

ARTIKEL BERKAITAN : P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia

Laporan polis dibuat terhadap Waythamoorthy berhubung rakaman video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini yang menuduh kerajaan BN sebelum ini mendiskriminasi masyarakat India di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sebelum ini pernah memanggil pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu namun beliau meminta penangguhan.

ARTIKEL BERKAITAN : 17 report Papagomo ditahan, Waytha Moorthy lebih 150 report masih bebas

Beberapa hari yang lalu, ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan mengapa polis belum menangkap Waythamoorthy walaupun "ratusan" laporan polis dibuat terhadapnya.

Katanya, kerajaan telah menahan anggota Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo namanya disebut di dalam 17 laporan polis berbanding nama Waythamoorthy yang disebut dalam sekurang-kurangnya 150 laporan polis. - MK


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Polis ambil keterangan Waytha Moorthy Polis ambil keterangan Waytha Moorthy Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 04, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...