PKR Perak gesa siasat Aziz Bari cuba guling Menteri Besar



IPOH - PKR Perak meminta siasatan menyeluruh dibuat terhadap pendedahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Saarani Mohamad yang menamakan seorang Exco Kerajaan Perak berkaitan isu memujuk Adun BN bagi meraih undi tak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua Penerangannya, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, siasatan tersebut perlu bagi memastikan isu ini tidak lagi dibangkitkan.

"Bagi pihak PKR, perkara ini pastinya akan dierbincangkan di dalam mesyuarat PH negeri selepas lantikan pengerusi dan ahli jawatankuasa PKR Perak yang baru.

"Apa pun PKR Perak mengharapkan siasatan menyeluruh berkaitan isu ini dibuat bagi memastikan ini akan menjadi kali akhir untuk isu ini dibangkitkan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : KECOH: Aziz Bari 'mengaku' cuba jatuhkan Menteri Besar Perak

Terdahulu ketika menggulung ucapan Bajet Negeri Perak 2019 bagi pihak pembangkang, Saarani menamakan Adun Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari  sebagai individu yang ada kaitan dengan lima wakil rakyat BN berhubung isu undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Sebelum ini, Saarani mendedahkan terdapat gerakan daripada pihak kerajaan untuk menggulingkan Ahmad Faizal melalui undi tidak percaya selepas beberapa Adun BN dipujuk menyokong usul tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan beberapa pemimpin PH Perak dan Exco Kerajaan Negeri.

Namun Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengakui wujudnya komplot untuk menjatuhkan Ahmad Faizal itu. - SH


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
PKR Perak gesa siasat Aziz Bari cuba guling Menteri Besar PKR Perak gesa siasat Aziz Bari cuba guling Menteri Besar Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...