Peserta himpunan bantah ICERD menjijikkan – Serena Mukhriz Mahathir



Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata himpunan aman bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya diadakan bermotifkan politik untuk kepentingan PAS dan UMNO.

Permainan politik kedua-dua parti itu berisiko menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan rakyat melalui sentimen perkauman dalam ICERD.



Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan dua parti pembangkang itu cemburu dengan keutuhan gabungan PH dan cuba memporak-perandakannya dengan menggunakan isu berkaitan ICERD.

Sementara itu anak gadis Mukhriz, Serena juga tidak ketinggalan untuk mengulas himpunan aman yang berlaku siang tadi.



Serena sempat membuat satu hantaran di akaun Instagram miliknya dengan mengeji peserta-peserta yang berhimpun untuk membantah ICERD dengan perkataan yang tidak sesuai.

Peserta-peserta yang berhimpun dengan peruntukan yang ada dalam demokrasi dipandang jijik oleh cucu Perdana Menteri ini.



"disgusting. take all offence, i don't care. extremely disappointing.

"2020 vission gone because of all of you," komen Serena.



Namun hantaran di Instagram miliknya itu telah dipadam tidak berapa lama selepas itu.

Adakah 'Wawasan 2020 gagal sebab himpunan bantah ICERD? Apa komen anda? – AbuLeman



> Baca artikel lain berkaitan Himpunan ICERD


Peserta himpunan bantah ICERD menjijikkan – Serena Mukhriz Mahathir Peserta himpunan bantah ICERD menjijikkan – Serena Mukhriz Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 08, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...