Perwakilan dapat Beg Herschel di perhimpunan Bersatu



Kata takde duit. Mana dapat duit beli beg mahal banyak-banyak?

Perwakilan yang menyertai perhimpunan agung tahunan kedua Bersatu di Putrajaya hari ini dilihat menggayakan beg Herschel, iaitu sebuah beg berjenama dari Kanada.

Difahamkan seramai lapan orang dari setiap bahagian - ketua bahagian, timbalan dan ahli jawatankuasa - menerima beg tersebut di kaunter pendaftaran.

Beg yang diagihkan dalam pelbagai warna, seperti biru, kelabu, hitam dan merah, dan setiap satunya dengan saiz dan rekaan yang berlainan.

Di bahagian beg tersebut, tertera logo Bersatu dan "Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia" yang dijahit.

Beg tersebut dianggarkan berharga RM250 hingg RM300 - bergantung kepada saiz dan rekaan.


Ketika ditemui Malaysiakini, kebanyakan perwakilan yang menerimanya tidak tahu akan harga beg tersebut tetapi memuji mutunya.

Anggota Bersatu Johor Aidil Ahmad berkata, beliau menerima begi itu pagi tadi selepas mendaftar sebagai perwakilan.

“Saya sampai sejak semalam ketika perasmian.

“Ramai di kalangan kami yang diberikan beg ini hari ini, isi kandungan dalam beg ini kami perlukan untuk sesi bahas esok,” katanya kepada Malaysiakini selepas ucapan sayap wanita dan pemuda Bersatu, hari ini.

Setiap beg turut disertakan buku perlembagaan parti, buku nota, dan sebuah buku bertajuk “Malaysia baru”. - MK


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Perwakilan dapat Beg Herschel di perhimpunan Bersatu Perwakilan dapat Beg Herschel di perhimpunan Bersatu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 29, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...