Penyakit Maszlee berjangkit, mahu tukar warna bas sekolah pula



TANAH MERAH - Sektor bas sekolah perlu melakukan pembaharuan agar kekal relevan sekali gus mampu memberi persaingan kepada pengusaha pengangkutan awam lain.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan, Izani Zakaria berkata pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan perlu membuat pembaharuan atau penjenamaan semula terhadap perkhidmatan tersebut kerana ia dilihat sudah ketinggalan zaman.

"Pada peringkat awal, setidak-tidaknya menukar nama bas sekolah kepada ‘Bas Pelajar’ selain menukar warna kuning kepada warna yang lebih menarik.

"Sudah tiba masanya kerajaan melakukan perubahan terhadap sektor ini kerana kita sudah melangkah ke negara maju dan moden namun bas sekolah masih di takuk lama," katanya di sini, hari ini.

Izani berkata, di Kelantan sebanyak 110 syarikat pengusaha bas sekolah yang berdaftar rata-ratanya mahukan satu perubahan untuk berdepan cabaran dalam sektor pengangkutan awam ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Dewan Rakyat kecoh Maszlee digelar menteri kasut

"Pembaharuan ini juga penting kerana ia boleh menarik minat pihak sekolah untuk menggunakan perkhidmatan kami bagi mengadakan aktiviti sekolah sama ada di dalam ataupun di luar negeri.

"Apabila melihat warna kuning, mereka terus berdiam dan tidak berminat dengan perkhidmatan kami. Pihak sekolah lebih berminat untuk mendapatkan pengusaha lain," katanya.

Beliau berkata, pembaharuan itu juga penting kepada pengusaha bagi menambah pendapatan terutamanya  pada musim cuti sekolah hujung tahun.

"Sekiranya ada permintaan dari pihak sekolah, sekurang-kurangnya ia dapat menambah pendapatan kami di samping hasil sewaan daripada masyarakat.

"Kami tidak boleh hanya bergantung kepada pelajar semata-mata kerana saingan pengangkutan awam sekarang semakin hebat," katanya. – Bernama

Semua dah dapat penyakit Maszlee asyik nak tukar warna je
Penyakit Maszlee berjangkit, mahu tukar warna bas sekolah pula Penyakit Maszlee berjangkit, mahu tukar warna bas sekolah pula Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 11, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...