Peniaga mengeluh rugi berniaga di MAHA 2018 ketika PH mentadbir



KUALA LUMPUR – Peniaga-peniaga yang terlibat dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 di Dewan Maeps, Serdang mengeluh mengalami kerugian yang agak besar pada tahun ini.

Pemilik akaun Facebook, Abam Peah dalam statusnya membuat perbandingan menyertai MAHA tahun ini dengan tahun-tahun yang sebelumnya adalah amat mengecewakan.

Katanya, selama 11 hari terbabit dengan MAHA, jualan yang didapati tidak menghasilkan pulangan modal semula tidak seperti jualan yang dicapai ketika berlangsungnya Agro Fest Selangor.

Malah, ramai peniaga yang mengeluh ekoran dari kerugian yang dialami serta mengakhiri jualan mereka di Maeps itu.

MAHA merupakan jualan hasil dan produk pertanian yang diyakini menjadi daya tarikan pengunjung dalam dan luar negara.

Ia telah berlangsung sejak 22 November dan berakhir pada 2 Disember, hari ini.

Terdapat 1,500 khemah jualan yang dibuka seperti produk industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayur-sayuran segar, anak-anak pokok bunga, ikan dan makanan laur segar dan pelbagai lagi. – Suara.TV


Peniaga mengeluh rugi berniaga di MAHA 2018 ketika PH mentadbir Peniaga mengeluh rugi berniaga di MAHA 2018 ketika PH mentadbir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...