Peneroka kecewa tolak pokok kelapa sawit mula tanam ketum



Satu video tular di mana satu 'backhoe' sedang menolak pokok kelapa sawit di satu kawasan.

Perakam video dengan nada kecewa berkata penolakan pokok-pokok kelapa sawit itu kerana harga sawit yang merundum jatuh.

Video berdurasi selama 51 saat itu menunjukkan satu 'backhoe' sedang menolak pokok kelapa sawit di satu ladang di mana pokok-pokok yang ditolak itu kelihatan penuh dengan buah sawit yang masih belum dikait.

ARTIKEL BERKAITAN : Kilang mula henti beli buah sawit pekebun kecil

"Ini kes kelapa sawit dah jatuh harga sangat.

"So, kita ingat kita buang kelapa sawit ni. Kita buang dia dan mungkin kita tanam benda lain ketum dan sebagainya.

"Kalau dah lulus kita tanam ketum. Ketum lagi bagus. So, kita buang sawit ni," luah perakam video tersebut.

Difahamkan jika dahulu di zaman Kerajaan Barisan Nasional, harga sawit antara RM600 hingga RM700 setan kini harga sawit jatuh dengan teruk ke paras RM180 setan. – AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN : ‘RM900 nak makan apa?’ – keluh peneroka


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Peneroka kecewa tolak pokok kelapa sawit mula tanam ketum Peneroka kecewa tolak pokok kelapa sawit mula tanam ketum Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...