Pembunuh umat Islam, George H.W Bush meninggal dunia



WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun, menurut pengumuman keluarganya, semalam.

“Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya dengan dukacita mengumumkan bahawa selepas mengharungi 94 tahun yang luar biasa, ayah kami sudah meninggal dunia,” kata anaknya, bekas presiden George W. Bush dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Twitter oleh jurucakap keluarganya.

“George H.W Bush ialah seorang lelaki yang mempunyai watak dikagumi selain seorang ayah terbaik kepada anak lelaki dan perempuan,” katanya.

Di era Bush, kejadian yang menggemparkan dunia, serangan 11 September 2001 berlaku di mana dua pesawat sengaja di hempaskan ke arah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan.

Pesawat ketiga diarahkan ke bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangan cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih.

Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban. Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.

Serangan ini diberitakan didalangi oleh umat Islam tetapi bagaimanapun bekas pegawai CIA, Robert Baer, menuliskan kenyataan yang bercanggah dengan semua hujah ke atas umat Islam dengan menegaskan bahawa pendedahan pengakuan dalang yang bertanggungjawab atas 9/11 dan tindakan-tindakan lain oleh kerajaan pimpinan George W. Bush merupakan cubaan berdusta yang mendakwa kesemua dalang utama 9/11 telah ditangkap.

Selepas kejadian yang menggerikan ini, serangan ke atas negara umat Islam dipertingkatkan dengan alasan membenteras pengganas dan seperti yang diketahui, banyak negara Islam runtuh dan ramai umat Islam yang terkorban.

Pentadbiran Bush juga menjadikan kejadian 9/11 sebagai alasan untuk melaksanakan operasi rahsia Agensi Keselamatan Negara "untuk mengintip komunikasi telefon dan e-mel di antara Amerika Syarikat dan orang di luar negara tanpa waran".
- HM/AbuLeman
Pembunuh umat Islam, George H.W Bush meninggal dunia Pembunuh umat Islam, George H.W Bush meninggal dunia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 01, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...