Pecat Waytha Moorthy, kaji semula kouta Menteri kaum India – Ibrahim Ali



KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad segera memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, ini kerana tindakan beliau memburukkan imej negara serta polis namun enggan memohon maaf serta memperbetulkan keadaan amat dikesali.

Beliau juga berharap kerajaan mengkaji semula kouta menteri kaum India yang dilihat berlebihan iaitu tiga menteri dan seorang timbalan menteri berbanding jumlah mereka hanya mewakili 7 peratus rakyat Malaysia.

“Wahai Tun yang amat ku kasihi, apakah ayahanda mahu menyimpan beliau dalam Kabinet Malaysia ini. Kita mendesak supaya beliau digugurkan daripada anggota Kabinet,

“Mereka tidak berterima kasih, bagi betis nak paha, dahulu seorang menteri dan dua timbalan sahaja, saya minta ayahanda Tun kaji balik kouta ini,” katanya. - UO


Pecat Waytha Moorthy, kaji semula kouta Menteri kaum India – Ibrahim Ali Pecat Waytha Moorthy, kaji semula kouta Menteri kaum India – Ibrahim Ali Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...