17 report Papagomo ditahan, Waytha Moorthy lebih 150 report masih bebas



Pergerakan Pemuda UMNO persoal tindakan pihak berkuasa yang masih belum tahan Senator P. Waytha Moorthy biarpun lebih 150 laporan polis dibuat terhadapnya di seluruh negara.

Ketua sayap parti tersebut, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian ekoran penahanan penulis blog, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

“Papa Gomo segera ditahan selepas hanya menerima 17 laporan polis ke atasnya. Namun bilakah pula hendak tahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang sudah pun menerima lebih 150 laporan polis?

“Exco Kerajaan Selangor dari DAP, V. Ganabatirau yang mengapikan perkauman isu kuil dan turut terima laporan polis, bila nak ditahan?” soal Asyraf Wajdi dalam hantaran dimuatkan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Tegas beliau, prinsip ‘Rule of Law’ atau Kedaulatan Undang-undang mengikut acuan model Malaysia Baharu di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mesti dilaksanakan lebih baik berbanding pentadbiran lama.

“Siapa sahaja disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara yang belakangi prinsip perundangan dan perlembagaan wajar disiasat secara adil dan saksama tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka.”

Manakala bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin turut luah kekesalan tindakan pihak berkuasa tersebut kerana secara keseluruhannya rakan sejawatannya itu menyeru kepada usaha penyatuan ummah.

“Tetapi malang sekali seruan perpaduan tersebut boleh disalah anggap sebagai ada unsur hasut kepada perkauman,” katanya dalam nada kesal menerusi catatan dalam akaun media sosialnya.

Shahrul turut senada dengan Asyraf Wajdi apabila mempersoalkan mengapa pihak berkuasa pula masih lagi belum mengambil apa-apa tindakan terhadap Waytha Moorthy yang jelas lebih teruk berbanding Papa Gomo sendiri.

“Konon ‘no body above the law’, tapi rupa-rupanya Waytha Moorthy ‘above the law’. Belum ditahan walaupun ada beratus-ratus laporan polis sudah dibuat,” tegasnya merujuk kemarahan umat Islam terhadap menteri tersebut.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan pihak polis menahan Papa Gomo atas alasan kononnya memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial. – Agensi/Mynewshub.TV
17 report Papagomo ditahan, Waytha Moorthy lebih 150 report masih bebas 17 report Papagomo ditahan, Waytha Moorthy lebih 150 report masih bebas Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...