Orang PH sendiri pun mahu Waytha Moorthy letak jawatan



Tekanan supaya meletak jawatan semakin memuncak buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, apabila ia turut disuarakan pemimpin dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin misalnya hari ini berkata senator terbabit sudah gagal membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

Untuk rekod Waythamoorthy dilantik kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri bagi hal ehwal perpaduan.

"Perkara terhormat yang anda boleh lakukan ialah meletak jawatan dan ke tepi daripada Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Masyarakat. Anda teramat gagal membentuk perpaduan ketika ia diperlukan dan menyebabkan suasana tidak harmoni.

"Ada orang Malaysia yang lebih baik untuk melaksanakan tugas berkenaan," katanya melalui Twitter.

Ciapan Afif itu dibuat ekoran kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim, malam tadi kesan kecederaan dialami semasa kekecohan berlaku di kuil Sri Maha Mariamman 27 Nov lalu.


Polis mendakwa Muhammad Adib ditarik keluar dari kenderaannya sebelum dipukul ketika keadaan di kawasan kuil terbabit tegang ekoran pertikaian mengenai tapak di antara pihak pemaju dan penganut Hindu.

Wahthamoorthy dipersalahkan pelbagai pihak - bersama beberapa pemimpin parti politik lain - kerana dianggap memburukkan keadaan ketika ketegangan baru bermula.

Sebelum ini Mahathir berkata, jika aspek perpaduan yang sepatutnya menjadi keutamaan dan portfolio senator itu tidak diutamakan, sejarah boleh berulang.

"Dan kita akan tengelam seperti orang sebelum kita.

"Meminta maaf adalah perbuatan yang dihargai orang ramai, begitu juga dengan peletakan jawatan," kata perdana menteri dalam satu kenyataan. - MK


ARTIKEL BERKAITAN : 

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba

Sami bohong, Polis sahkan bomba cedera dipukul perusuh kuil

Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan

ISU KUIL: PH hasut kaum India merusuh – Najib Razak

Anggota bomba dipukul perusuh kuil meninggal dunia sebentar tadi

Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy

[Video] Ucapan Ganabatirau yang menyebabkan kematian Muhammad Adib

Moorthy, Ganabatirau dan tiga menteri lain perlu didakwa

Mukhriz tiada di upacara pengebumian Muhammad Adib

KURANG AJAR: "Salah Allah gagal pulihkan Adib" – Staff Honda

KEMATIAN ADIB: Anak Mat Sabu sindir PEKIDA, gengster melayu, 'tengok je ke?'

Waytha Moorty 'deactivate' akaun Facebook

Demi RM1,360 Adib korbankan diri untuk kaum India yang akhirnya membunuhnya kembali

Orang PH sendiri pun mahu Waythamoorthy letak jawatan
Orang PH sendiri pun mahu Waytha Moorthy letak jawatan Orang PH sendiri pun mahu Waytha Moorthy letak jawatan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 18, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...