Nurul Izzah letak jawatan protes pemimpin UMNO masuk Bersatu


BUTTERWORTH: Keputusan mengejut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dipercayai berpunca daripada tindakan beberapa pemimpin UMNO yang ‘lompat parti’.

Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin, berkata tindakan beberapa pemimpin UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipercayai adalah antara faktor terbabit, selain kekecewaannya terhadap politik dalaman PKR, terutamanya semasa pemilihan parti baru-baru ini.


“Saya ada menghubunginya kerana mahu mengetahui punca utama beliau membuat keputusan yang mengejutkan itu dan dia ada memberitahu saya beberapa perkara.

“Keputusan beliau ini adalah berkemungkinan berpunca daripada rentetan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mengenai hala tuju parti, serta senario politik dalaman semasa pasca pemilihan parti.



“Kemungkinan beberapa perkembangan terkini termasuk tindakan beberapa pimpinan UMNO menyertai BERSATU menyumbang kepada perkara itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Afif berkata, kepimpinan tertinggi PKR perlu mengambil langkah proaktif bagi membentuk semula kesepakatan dan keyakinan anggota kepada parti .



Katanya, pelantikan Nurul Izzah sebagai Naib Presiden adalah melalui pemilihan parti yang sah, justeru kepemimpinan tertinggi perlu menilai dan mengkaji semula keputusan berkenaan.

“Siapa yang akan memangku dua jawatan yang dikosongkan ini masih belum ditentukan memandangkan keputusan itu dibuat kurang daripada 24 jam.



“Keputusan Izzah juga dipercayai sudah dibuat ketika pertemuan yang dilakukan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua cabang, baru-baru ini,” katanya.

Nurul Izzah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.



Semalam PKR mengumumkan perlantikan Nurul Izzah sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang yang baharu menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman. - BH

ARTIKEL BERKAITAN : Luahan hati Nurul Izzah isu perletakan jawatannya

Nurul Izzah letak jawatan protes pemimpin UMNO masuk Bersatu Nurul Izzah letak jawatan protes pemimpin UMNO masuk Bersatu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...