Najib, Rosmah lawat Adib di IJN



KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini melawat anggota bomba yang cedera parah dalam rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, minggu lepas.

Mereka tiba di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 11 pagi dan menghabiskan masa kira-kira 1/2 jam dengan Muhammad Adib Mohd Kassim, yang masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Ketika ditemui pemberita, Najib berkata Adib sedar dan mengenali pelawatnya.

“Dia membuat isyarat ibu jari buat kali pertama. Ia adalah peningkatan yang sangat ketara.

“Saya doakan keadaannya bertambah baik,” katanya, sambil menambahkan Adib dapat mendengar walaupun dia masih tidak boleh bercakap.


Sementara itu, Rosmah berkata beliau bersyukur kerana Adib semakin baik.

“Saya doakan dia akan pulih sepenuhnya untuk perkahwinannya pada 21 Dis,” katanya, sambil menambah sebagai ibu, beliau memahami apa yang dilalui keluarga dan tunangnya.

Adib merupakan sebahagian pasukan bomba yang bertindak menyuraikan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov.

Dia dimasukkan ke hospital selepas dipercayai menjadi mangsa serangan orang ramai di kuil itu pada pagi kedua kekecohan itu.

Dia pada mulanya menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya tetapi dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Dua hari lalu, dia tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung kerana jantungnya boleh berfungsi dengan sendiri. - FMT


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Najib, Rosmah lawat Adib di IJN Najib, Rosmah lawat Adib di IJN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 05, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...