Mujahid gadai Tabung Haji kepada DAP



KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Katanya, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

“Kabinet telah berbincang tentang pelan pemulihan ini dengan teliti dan memberi sokongan penuh terhadap pelan tersebut,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Bank Negara Malaysia adalah salah satu jabatan atau agensi di bawah kuasa Kementerian Kewangan yang mana menterinya adalah Lim Guan Eng.

Tindakan Mujahid mendapat kecaman dari netizen dan beliau dicop sebagai pengkhianat kepada agama dan bangsa apabila memfaraidkan kepentingan orang Islam kepada DAP.

Ramai yang bertanya apa lagi yang akan digadaikan selepas Tabung Haji?

Mungkin Baitulmal atau Pusat Zakat?  – BERNAMA/AbuLeman



Mujahid gadai Tabung Haji kepada DAP Mujahid gadai Tabung Haji kepada DAP Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 10, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...