Muhyiddin izin polis siasat Waytha Moorthy



SUBANG JAYA - Polis boleh menyiasat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy sekiranya perlu untuk membantu siasatan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan berunsur perkauman.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terserah kepada pihak polis untuk membuat tindakan sekiranya mempunyai asas.

“Sekiranya ada asas untuk menyiasat beliau, tidak kira siapa pun dia... menteri ke, orang biasa ke, saya tak payah keluar arahan.

ARTIKEL BERKAITAN : 17 report Papagomo ditahan, Waytha Moorthy lebih 150 report masih bebas

“Kalau dia dah keluar kenyataan kita tengoklah apa yang disebut, kenyataan itu betul tak betul, berbaur perkauman ke, hasutan ke, macam-macam undang-undang yang ada maka pihak polis boleh bertindak mengikut keperluan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika melakukan lawatan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di sini hari ini.- UO
Muhyiddin izin polis siasat Waytha Moorthy Muhyiddin izin polis siasat Waytha Moorthy Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 03, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...