Menteri sahkan Khalid berbohong Qatar labur US$400 bilion



Susah betul nak buang tabiat menipu tu kan?

Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof menafikan dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bahawa Qatar berminat untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga Malaysia.

"Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) telah menyebut bahawa mereka berminat untuk melabur di negara ini, tetapi (tidak ada) menyebut secara khusus mengenai projek ini (kereta nasional).

ARTIKEL BERKAITAN : Ahli PAN ternganga bila Khalid Samad kencing Pak Sheikh Qatar nak labur US$400 bilion



"Saya tidak tahu di mana dia (Khalid) mendapat sumber tetapi saya fikir apa yang dikatakan QIA ialah mereka mempunyai banyak dana untuk melabur di negara ini," kata Redzuan kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Cyberjaya hari ini.

Semalam, Khalid berkata "individu dari Qatar" berminat untuk melabur di Malaysia dan di dalam projek kereta nasional ketiga.

Mahathir sebelum ini mencetuskan idea projek kereta nasional ketiga.

Kabinet bersetuju dengan syarat projek berkenaan tidak boleh melibatkan dana kerajaan.

Perdana menteri juga sebelum ini berkata ada individu dari sektor swasta yang berminat melabur dalam projek itu. – MK



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Menteri sahkan Khalid berbohong Qatar labur US$400 bilion Menteri sahkan Khalid berbohong Qatar labur US$400 bilion Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 17, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...