Melia Serena: Mukhriz hanya mampu geleng kepala, tersenyum kelat



MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir enggan mengulas tindakan anaknya yang didakwa menghina peserta perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu lalu dengan perkataan yang tidak patut dikeluarkan oleh seorang anak kepada orang yang lebih dewasa.

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hanya mampu tersenyum kelat dan menggelengkan kepala ketika diajukan soalan mengenai banyak kritikan diterima Melia Serena Mukhriz susulan status yang dimuat naik anaknya itu di Instagram (IG) itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Peserta himpunan bantah ICERD menjijikkan – Serena Mukhriz Mahathir

Melia Serena melalui IG menyebut bahawa peserta perhimpunan terbabit sebagai menjijikkan dan amat mengecewakan dengan gambar peserta himpunan berkenaan. Serena juga menyalahkan peserta himpunan tersebut kerana kegagalan wawasan 2020 adalah berpunca dari mereka. Agak bodoh tuduhan itu. 

Susulan status yang dimuat naik itu, anaknya mendapat kritikan hebat daripada nitizen sebelum memuat naik sebuah lagi status acah-acah konon dibuli padahal sebelum itu dia yang menghina orang lain.

Anak Mukhriz yang dalam proses membesar ini sepatutnya diajar berkata-kata dengan tutur kata yang molek kepada orang yang lebih dewasa. Dia juga patut diajar cara berpakaian dengan betul dengan menutupi bahagian-bahagian yang terdedah dari dijamah oleh mata-mata di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN : Serena Mukhriz bebas beri komen - PM

Sabtu lalu, perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD disertai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, kerajaan terpaksa membuat keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD selepas mendapat tekanan yang hebat dari pembangkang dan seluruh rakyat Malaysia. - HM/AbuLeman

> Baca artikel lain berkaitan Himpunan ICERD



Melia Serena: Mukhriz hanya mampu geleng kepala, tersenyum kelat Melia Serena: Mukhriz hanya mampu geleng kepala, tersenyum kelat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 11, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...