Maszlee u-turn, tak jadi masukkan 1MDB ke silibus sejarah



Dr Maszlee Malik hari ini dilihat membuat pusingan u apabila mengeluarkan kenyataan media melalui setiausaha akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari.

Menurut kenyataan media yang tular di media sosial, kononnya Dr Maszlee Malik hanya sekadar menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia, bukannya mahu dimasukkan dalam silibus subjek Sejarah Malaysia.

Jawapan murahan ini jelas menunjukkan beliau masih di dalam mode sindrom penafian kerana ianya sangat jelas, ketika perbahasan di dalam dewan itu, topik yang dibincangkan adalah mengenai silibus subjek sejarah Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : Isu 1MDB akan dimasukkan dalam silibus sejarah – Maszlee

Soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan juga berkisar topik yang sama dan soalannya juga agak straight forward, mudah untuk difahami. Tetapi ia dijawab oleh Maszlee secara sinis dan terdapat cubaan untuk 'menganjing' Ahli Parlimen Pontian itu.

Namun kuasa Allah, Maszlee sendiri mandapat bahana dengan jawapan yang dilihat bodoh oleh netizen.

Jawapan u-turn oleh setiausaha akhbarnya pula tidak membantu membersihkan nama Maszlee malah beliau lebih dilihat semakin lekeh. – AbuLeman


Hansard parlimen jelas menunjukkan topik merujuk kepada silibus Sejarah Malaysia


Maszlee u-turn, tak jadi masukkan 1MDB ke silibus sejarah Maszlee u-turn, tak jadi masukkan 1MDB ke silibus sejarah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 04, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...