Maszlee u-turn lagi, tangguh skim bayar PTPTN baru



"Orang kata KERAjaan yang asyik u-turn ni KERAjaan cap ayam. Betul ke?"

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk mengantung pelaksanaan skim pembayaran semula untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, skim itu digantung buat sementara waktu.

"Skim pembayaran semula PTPTN akan digantung buat sementara waktu sehingga kami menerima input dan maklum balas secara kolektif daripada semua pemegang taruh," katanya melalui Twitter tengah hari ini.

Pada 5 Disember lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan langkah badan itu untuk melaksanakan skim bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) mulai Januari 2019.

ARTIKEL BERKAITAN : Facebook PTPTN diserang, mekanisme bayaran balik baru zalim

Jelasnya, pemotongan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada gaji yang diterima peminjam PTPTN apabila mereka dibayar RM2,000 sebulan.

Berdasarkan PGB, peminjam berpendapatan RM2,000-RM2,499.99 perlu membayar dua peratus iaitu RM40 hingga RM49.99 dan bagi yang berpendapatan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75-RM89.99).

Peminjam berpendapatan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150-RM199.99); RM4,000-RM5,999.99 (lapan peratus iaitu RM320-RM479.99); RM6,000-RM7,999.99 (10 peratus iaitu RM600-RM799.99) dan bagi yang berpendapatan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus iaitu RM1,200 dan ke atas.

Pengumuman PTPTN itu mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan peminjam. - Bernama
Maszlee u-turn lagi, tangguh skim bayar PTPTN baru Maszlee u-turn lagi, tangguh skim bayar PTPTN baru Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 07, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...