Malaysia diancam serangan tentera Singapura, "kita makan keropok lekor dulu" – Menteri Pertahanan



Beberapa hari lepas, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan mendakwa Malaysia telah bertindak ‘melanggar kedaulatan’ negaranya apabila berhasrat memperluaskan had pelabuhan di Selat Johor.

Dalam satu kenyataan dari Kementerian Pengangkutan negara itu, Khaw berkata rancangan untuk memperluaskan had pelabuhan tersebut disifatkan sebagai menceroboh perairan negara Singapura.

Malah Khaw mengugut akan menggunakan angkatan bersenjata dari Angkatan Laut Singapura terhadap Malaysia jika pencerobohan itu berlaku.

Rakyat tertunggu-tunggu jawapan rasmi dari Kementerian Pertahanan atau Menterinya sendiri mengenai dakwaan berat mengenai pencerobohan perairan dan ugutan dari Singapura mahu mengambil tindakan ketenteraan terhadap Malaysia.


Semalam Menteri Pertahanan memecahkan kebuntuan seluruh rakyat Malaysia dan setelah sekian lama menyepi akhirnya beliau bergegas meng-update status Twitternya.

"Industri keropok lekor berkembang di kawasan ini. Jadi saya tidak melepaskan peluang yang ada untuk singgah sebentar menikmati keenakan keropek lekor dan keropok keping di Sri Tanjung, Mersing, Johor ini bersama rakan-rakan MinDef dan anggota tentera," ciapnya di satu hantaran di Twitter.

Gemparlah seluruh rakyat Malaysia apabila tatkala negara diugut akan diserang dengan bala tentera dari Singapura, Menteri Pertahanannya Mat Sabu terpaksa makan keropok lekor bersama tentera-tentera Malaysia.

Jika tidak sibuk dengan makan, menteri sibuk dengan Zaza. So how? – CTS/AbuLeman
Malaysia diancam serangan tentera Singapura, "kita makan keropok lekor dulu" – Menteri Pertahanan Malaysia diancam serangan tentera Singapura, "kita makan keropok lekor dulu" – Menteri Pertahanan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 10, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...