Mahathir nyanyuk tersasul sebut Umno lagi



Tun Dr Mahathir Mohamad menggamatkan suasana di dalam dewan persidangan apabila tersasul menyebut UMNO ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2018 pada Ahad.

“Demikian juga dalam badan-badan yang lain yang ada seperti badan-badan sukan dan lain-lain.

“Ahli-ahli UMNO…,” kata-kata Dr Mahathir terhenti di situ apabila menyedari kesilapannya.

Beliau kemudian tersenyum sipu seperti kerang busuk seraya mengangkat tangan pada songkok sambil tertawa kecil seperti orang gila sebelum menyambung ucapannya.



ARTIKEL BERKAITAN : Bersatu beri beg tiruan – Herschel

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga perdana menteri itu sebelum ini banyak kali tersasul menyebut UMNO dalam beberapa majlis anjuran Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).

Netizen mengandaikan mungkin fikiran perdana menteri yang berumur 93 tahun ini tidak secerdas dahulu dan dikhuatiri mengidap penyakit nyanyuk berkala.

"Aku rasa Madey ni dah ada nyanyuk sikit. Kadang-kadang je kena. Belum tahap teruk lagi," komen Johari.

"Kesian atok. Dah tua masih nak buat macam-macam. Ada anak tak boleh harap, asyik membontot bapak dia je. Dah tua tu patut berehat banyakkan amal je," komen long. – AA/AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Mahathir nyanyuk tersasul sebut Umno lagi Mahathir nyanyuk tersasul sebut Umno lagi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 31, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...