ICERD: Mahahtir perlu bubar Parlimen, orang Melayu sedang marah – N. Gobalakrishnan



Tun Dr Mahathir and Anwar,

Penganjuran himpunan bantah ICERD oleh Umno, Pas dan NGO Islam disifatkan sebagai satu kejayaan.

Kejayaan itu pula berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan himpunan Bersih atau himpunan Reformasi yang pernah dianjurkan sebelum ini.

Saya mendesak KERAjaan hari ini untuk meletakkan jawatan dan membubarkan kerajaan apabila jutaan orang Melayu keluar ke jalan raya, hanya orang Melayu kelihatan di jalan raya Kuala Lumpur yang mana ia adalah satu petanda yang tidak baik pada pentadbiran negara.

Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada Umno dan pimpinannya, Pas serta pimpinannya dan semua NGO Melayu Islam yang bergabung dan menganjurkan himpunan di jalan Kuala Lumpur secara aman. Sambutannya sangat baik dan seluruh bandaraya Kuala Lumpur sesak dipenuhi oleh peserta.

Sekali lagi saya mendesak KERAjaan hari ini untuk meletakkan jawatan dan membubarkan kerajaan. Mahathir, Anwar Ibrahim, sila bubar Parlimen dengan kadar segera kerana himpunan aman tidak akan kekal bertahan lama. Orang Melayu sedang marah. Mereka ada sebab untuk marah. Sila tunaikan apa yang perlu dilaksanakan untuk kebaikan negara ini.

Jangan menggadaikan hubungan baik sesama Melayu dan bukan Melayu. Benar kita mempunyai pasukan polis yang terbaik, kita mempunyai tentera, tetapi di sini orang kebanyakan, orang Melayu, orang miskin, orang kaya, semunya berada di jalanan. Sesuatu yang tidak kena dengan negara kita.

Mahathir yang telah mencetuskannya dengan pergi ke United Nation dan menjanjikan kononnya dia akan berlaku adil (dengan melaksanakan ICERD) dengan semua kaum padahal keadilan telah pun terlaksana di negara ketika Barisan Nasional mentadbir negara sebelum ini. Namun Mahathir telah menjatuhkan kerajaan lama dan mengambil alih dan dia telah memporak perandakan negara ini.

Saya mohon kepada rakyat Malaysia agar bersabar dan bertenang. Pasti pimpinan kita akan mencari jalan penyelesaian. Kita berharap agar Mahathir akan membubarkan Parlimen dan dia akan ke lapangan semula untuk mendapatkan sokongan yang sebenarnya daripada rakyat.

Silalah letak jawatan wahai Dr Mahathir. Sila pecat semua kepimpinan dan letak jawatan.

Terima kasih dan saya berharap rakyat Malaysia dapat bertenang. Malaysia akan jadi aman damai. Marilah kita mencari kerajaan yang akan mentadbir urus negara dengan baik pada masa akan datang.


N. Gobalakrishnan
Bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Bekas orang kuat Anwar Ibrahim

> Baca artikel lain berkaitan Himpunan ICERD


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
ICERD: Mahahtir perlu bubar Parlimen, orang Melayu sedang marah – N. Gobalakrishnan ICERD: Mahahtir perlu bubar Parlimen, orang Melayu sedang marah – N. Gobalakrishnan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 09, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...