Lelaki pukul pemandu bas Rapid Penang ditahan



Polis menahan seorang lelaki kerana menumbuk dan meludah seorang pemandu bas Rapid Penang selepas berang tidak dibenarkan menaiki bas itu dalam kejadian di Lebuh Macallum, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, bas berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dalam perjalanan dari Bandar Sri Pinang menuju ke Komtar sebelum berhenti di persimpangan lampu isyarat Lebuh Macallum.

"Ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau, seorang lelaki mengetuk pintu bas untuk menaiki kenderaan tersebut. Pemandu bas itu bagaimanapun enggan membuka pintu kenderaan kerana lokasi tersebut bukan tempat perhentian dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.

“Suspek kemudian pergi ke bahagian pintu pemandu bas itu dan berlaku pertengkaran. Suspek kemudiannya kembali ke pintu masuk dan cuba untuk membuka pintu tersebut dari luar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek berjaya membuka pintu itu dan kemudiannya terus meluru ke arah pemandu bas sebelum meludah serta menumbuk muka mangsa selain mengugut untuk mencederakannya.

Che Zaimani berkata pemandu terbabit bertindak mengunci pintu bas itu dan tindakan berkenaan telah menyebabkan suspek tidak dapat keluar sebelum pemandu terus memandu kenderaan itu ke stesen bas di Pengkalan Weld, di sini.

"Suspek yang berusia 46 tahun itu berjaya ditahan oleh polis bantuan bas Rapid Penang sebelum dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai dan diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederan. - Bernama


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Lelaki pukul pemandu bas Rapid Penang ditahan Lelaki pukul pemandu bas Rapid Penang ditahan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 16, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...