Kit Siang dianiaya keluar masuk penjara, ISA – Guan Eng



PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang adalah pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri, kata Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata Kit Siang adalah anggota veteran parti yang paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang beliau berkhidmat lebih 50 tahun dalam DAP.

“Beliau (Kit Siang) berjuang bertahun-tahun untuk parti, menghadapi banyak pendakwaan dan penganiayaan, keluar masuk penjara dan sudah dua kali kena ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana politik," katanya ketika berucap di Konvesyen DAP Selangor di sini, hari ini.

Sepertimana yang diketahui ramai ISA adalah 'senjata' yang digunakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengekang lawan politiknya.

Nampaknya hubungan di dalam Pakatan Harapan (PH) yang sememangnya rapuh semakin meretak.

Pimpinan PH sudah mula sindir menyindir sesama mereka dan seperti yang dilihat, serangan banyak tertumpu kepada Mahathir. – BERNAMA/AbuLeman

Kit Siang dianiaya keluar masuk penjara, ISA – Guan Eng Kit Siang dianiaya keluar masuk penjara, ISA – Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 09, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...