Kilang mula henti beli buah sawit pekebun kecil



KENINGAU: Harga buah tandan segar (BTS) kelapa sawit dicatatkan terus menunjukkan penurunan mendadak dan dijangka harga itu akan terus jatuh minggu demi minggu.

Tahun lepas harga rasmi BTS gred C di Sabah sebanyak RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada RM311 beberapa minggu lepas.

Kini di daerah Ranau dikatakan harga jatuh sehingga RM240 ke RM220 setan.

Terbaru tular gambar serta video di Ranau dan Keningau melaporkan kilang-kilang di Sabah tidak mahu lagi membeli buah kelapa sawit dari pekebun kecil.

21 November lalu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas merayu kepada kerajaan agar dapat mengatasi penurunan harga sawit dan getah yang berterusan. Hal ini merunsingkan mereka yang terlibat di daerah itu.

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Presiden Kehormat PPK Pitas Dato’Sri Dr RuddyAwah berkata, setakat ini seramai 3,300 ahli PPK Pitas yang mengusahakan tanaman sawit dan getah sebagai sumber pendapatan tetap mereka.

Rata-rata netizen meluahkan rata tidak senang dengan perkembangan ini dan mahu kerajaan menangani masalah ini dengan segera sebelum menjadi krisis lebih buruk.

Turut berkongsikan kebimbangan, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin,

"Hari ini saya mendapat tahu, banyak kilang sawit di Sabah tidak lagi membeli buah sawit segar dari pekebun kecil sebab alasan harga sawit makin menurun". katanya

Trend-trend kilang tidak mahu membeli sawit dari pekebun dan pengusaha ladang sawit dilaporkan terus merebak di seluruh Sabah dan ianya pasti mengundang kecaman rakyat dengan ketidakcekapan KERAjaan Pakatan Harapan (PH) menguruskan negara yang ditinggalkan dalam keadaan baik sebelum ini. – Sabahkini2/AbuLeman


Kilang mula henti beli buah sawit pekebun kecil Kilang mula henti beli buah sawit pekebun kecil Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 02, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...