KERAjaan PH akan hapus pencen tapi untuk staff baru sahaja?



KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kerajaan memberi jaminan bahawa penstrukturan skim pencen penjawat awam hanya akan melibatkan pegawai-pegawai lantikan baharu sahaja.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik berkata, penstrukturan itu tidak akan melibatkan penjawat awam yang telah menerima pencen serta tidak akan menjejaskan segala kemudahan dan faedah yang dinikmati oleh golongan itu selama ini.

“Kerajaan menanggung seramai 824,235 penerima pencen dengan jumlah tanggungan sebanyak RM24 bilion dari Januari hingga Oktober 2018.

“Walaupun dengan kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini, kerajaan memberi jaminan segala bentuk penstrukturan dan kajian terhadap faedah persaraan dan skim pencen penjawat awam tidak akan memberi kesan kepada faedah persaraan dan kemudahan sedia ada,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang meminta kerajaan menyatakan sama ada bercadang untuk menstrukturkan semula skim pencen penjawat awam dan sekiranya dilaksa­nakan apakah asas untuk bertindak demikian.

Mengenai jangkaan tempoh kajian itu selesai, Md. Farid berkata, kajian penstrukturan skim penjawat awam dilaksanakan bersama kajian memperkasakan perkhidmatan awam.

Jelas beliau, kajian ber­kenaan dijangka mengambil masa selama dua tahun bermula 2019.

Namun tidak dinyatakan secara jelas apa yang dimaksudkan dengan penstrukturan skim pencen samada pencen itu dihapuskan sama sekali atau diteruskan dengan sedikit perubahan. - UO/AbuLeman
KERAjaan PH akan hapus pencen tapi untuk staff baru sahaja? KERAjaan PH akan hapus pencen tapi untuk staff baru sahaja? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 12, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...