Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy



Anggota bomba Muhammad Adib yang cedera parah dipukul oleh perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya kini sudah meninggal dunia.

Jenazahnya akan dibawa pulang ke Kedah menggunakan Ambulans pada malam ini juga atas permintaan keluarganya.

Muhammad Adib bertarung nyawa selama 21 hari dengan kecederaan dan kerosakan yang teruk di paru-paru, sepatutnya berkahwin pada bulan ini namun tidak dapat menunaikan janji kepada tunang kesayangannya untuk memperisterikannya kerana telah pun dijemput Ilahi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya Allah sahaja yang tahu kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga yang menjaganya dan tunangnya yang memberi harapan yang tinggi untuk Adib sembuh kembali.


Rakyat Malaysia Melayu yang beragama Islam turut berkongsi kesedihan yang sama.

Namun ramai yang masih marah dengan kecelakaan yang menimpa adib sehingga meragut nyawanya.

Rakyat menuntut agar pihak berkuasa bertindak segera menangkap mereka yang bertanggungjawab membunuh Adib.

Peguam Negara, sudah tiba masanya bangun dari tidur. Jangan asyik disibukkan dengan mengikut telunjuk 'tuan' mendakwa atas kepentingan politik semata-mata. Dakwalah segera pembunuh Adib.

Rakyat perlu bersuara. Desaklah KERAjaan yang ada hari ini untuk bertanggungjawab di atas kelantangan dan kebodohan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menghasut membakar api permusuhan antara kaum. Siapa lagi kalau bukan Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau dan Waytha Moorthy.

Kegagalan Menteri Perpaduan untuk mengawal situasi pula sangat tidak boleh diterima. Sepatutnya pemimpin menenangkan rakyat, bukan membakar api kebencian dengan menyalahkan polis lambat bertindak.

Jawatan Waytha Moorthy perlu dinilai semula. Pecat sahajalah, itu lebih baik. Entah apa sumbangan kepada rakyat dan negara selain sibuk ratifikasi ICERD. Rakyat sudah mati! ICERD apa yang engkau sibukkan wahai menteri?


Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 18, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...