Jenazah Muhammad Adib diterbangkan ke Kedah pagi ini



KUALA LUMPUR: Jenazah Muhammmad Adib Mohd Kassim yang menjalani proses bedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), dijangka diterbangkan ke kampung halamannya di Kedah pada jam 7.30 pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Hassan ‘As’ari Omar berkata bedah siasat dijangka selesai pada kira-kira 6 pagi ini.

Menurutnya, jenazah akan dimandi, dikafan dan disolatkan di IPFN.

Beliau berkata sejurus selepas itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke kemudahan Airod di Subang untuk dibawa pulang ke Kedah.

“Jenazah Muhammad Adib akan diterbangkan menggunakan helikopter dari lapangan terbang berkenaan dijangka pada 7.30 pagi nanti untuk dikebumikan di kampung halamannya,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPFN.

ARTIKEL BERKAITAN : Kematian Adib disebabkan hasutan Waytha Moorthy

Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 9.41 malam tadi.

Hassan berkata apabila jenazah Muhammad Adib tiba di Kedah, akan berlangsung istiadat pengebumian kebombaan sebagai penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Allahyarham ketika itu menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.

Susulan kematian anggota bomba berusia 24 tahun itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata kes itu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh. - FMT


ARTIKEL BERKAITAN : 

Anggota Bomba tenat di ICU akibat diserang perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Anggota bomba nazak, hanya mampu bergantung kepada sistem sokongan hayat

KP Bomba menceritakan detik Adib ditarik, dipukul separuh mati oleh perusuh kuil Sri Maha Mariamman

Kami diserang, bukan dilanggar – Bomba

Sami bohong, Polis sahkan bomba cedera dipukul perusuh kuil

Adib masih terbaring, empat suspek dibebaskan

ISU KUIL: PH hasut kaum India merusuh – Najib Razak

Anggota bomba dipukul perusuh kuil meninggal dunia sebentar tadi

Kematian Adib disebabkan hasutan Ganabatirau, Waytha Moorthy

[Video] Ucapan Ganabatirau yang menyebabkan kematian Muhammad Adib







[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

















Jenazah Muhammad Adib diterbangkan ke Kedah pagi ini Jenazah Muhammad Adib diterbangkan ke Kedah pagi ini Reviewed by Abu Leman Abu Seman on December 18, 2018 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...